Pada 4 Februari 2012, pihak belia Masjid Mukim To' Oh telah mengadakan acara sukaneka yang disertai oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara 5 hingga 12 tahun. Sukaneka ini diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan jiwa kanak-kanak ini dengan persekitaran masjid dan menggalakkan cara hidup yang sihat. Sukaneka ini bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Pelbagai acara yang diadakan pada hari sukaneka tersebut dan ia dibahagikan kepada 2 iaitu 'indoor' (dalam masjid) dan 'outdoor' (luar masjid). Bagi acara indoor, pertandingan azan dan mewarna telah diadakan. Pertandingan azan hanya dihadkan kepada para peserta lelaki sahaja dan bagi acara mewarna adalah terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan wanita. Bagi acara outdoor pula, isi air dalam botol, tiup tepung, bola jaring dan boling kelapa telah diadakan. Acara outdoor diadakan diperkarangan masjid dan tempat parking motosikal. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh imam tua kepada para peserta yang menang..
JOm layang gambar adik-adik kito nie dok maen....
Imam muda bersama para peserta sebelum acara dimulakan. |
Sebahagian kanak-kanak yang hadir semasa sukaneka berlangsung. |
Cikgu Khalid sedang mengambil nama para peserta yang akan menyertai dalam acara bola jaring. |
Acara tiup tepung dalam pinggang. |
Salah seorang ajk permainan menunjukkan demo kepada para peserta. |
Acara tiup tepung dalam pinggan sedang adakan.
Aksi kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara isi air dalam botol. |
Imam tua sedang berbincang sesuatu dengan ajk sambil menjamu selera. |
No comments:
Post a Comment