Jom pakat solat berjemaah di surau@masjid berdekatan

Pembinaan Masjid Mukim Tok Oh

Sumbangan Untuk Pembinaan Masjid Mukim Tok Oh Bolehlah Dibuat Melalui

Bank:Bank Islam
Nama:Tetuan Masjid Mukim To' Oh
No Akaun:03027010040121

Bank:Bank CIMB
No Akaun:03010001371100

Bank:Bank Maybank
No Akaun:553092002746

Hubungi:Ustaz Ab.Karim (09-7193334) / Ustaz Zaki (012-9537291)

Wednesday 19 December 2012

'Keuzuran' Masjid Mukim To' Oh


Dalam usia masjid yang telah melebihi  50 tahun, banyak kerosakan dan kesan retak telah kelihatan di setiap penjuru bangunan masjid. Kerosakan ini haruslah dibaiki untuk menjamin keselamatan dan keselesaan bagi setiap jemaah yang menunaikan  solat dan melakukan aktiviti di dalam masjid ini.
Kepada mana-mana individu yang ingin melakukan sumbangan,bolehlah menyalurkan terus kepada akaun masjid atau menyerahkan kepada ajk masjid..

#Sumbangan anda amatlah dihargai#

Tiang retak
Bocor
Pintu pagar belakang yang uzur
Retak menanti belah


Keadaan belakang masjid yang tidak teratur



Sunday 19 August 2012

Hari Raya Aidilfitri

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin..
Sebahagian ahli jemaah yang hadir.

Geng-geng usrah masjid mukim to' oh.
Ahli jemaah sedang mendengar khutbah yang disampaikan oleh Iman tua

Friday 17 August 2012

Program Pada Bulan Ramadhan

Beberapa program telah dianjurkan oleh pihak masjid sepanjang bulan ramadhan ini. Program ini melibatkan penglibatan semua ahli jemaah tanpa mengira peringkat umur dan jantina. Tujuan program-program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada ahli jemaah mengejar seberapa banyak pahala yang boleh sepanjang berada dibulan ramadhan.

Ambo arap bukan stakat bule poso jah, bule laen pun bleh wt jugok..kekalkan momntem anda, jngan kito nie jadi hamba bulan poso jah..

1. Tadarus Al-Quran 
     - Setiap petang selepas solat asar
Joe mengepalai program tadarus Al-Quran


2. Berbuka Puasa Dan Bersahur
    - Buka puasa - setiap hari
    - Sahur - 10 malam terakhir
Berbuka bersama YB Zaki
3. Solat Sunat Tarawih
    - Setiap malam

Jemaah yang hadir


4. Qiamullail
    - 10 malam terakhir

5. Kuliah Selepas Solat Jumaat

Wednesday 15 August 2012

Majlis Berbuka Puasa Dan Khatam Al-Quran

Pada 13 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadan, pihak masjid telah mengadakan majlis berbuka puasa dan khatam Al-Quran yang telah dihadiri oleh YB Mohd Zaki Ibrahim (Adun Kelaboran) dan penduduk sekitar mukim to'oh. Majlis bermula pada pkul 5.30 dan berakhir pada jam 8.00 dengan jamuan berbuka puasa. Dalam majlis tersebut, YB ada juga menyampaikan ucapan dan peringatan kepada ahli jemaah sebagai peringatan bersama.

Ambo harap masjid kto bleh wt skmo mjlis supo nie tiap tahun..


Ucapan yang diberikan oleh pencermah.
Sebahagian ahli jemaah yang hadir.
Che Arong (bukan nama sebenar), bakal ajk masjid masa depan.
Yb Zaki bersama tok ngulu dan ahli jemaah.

Berbuka dengan buah kurma, solat dan makan nasi.






                                                

Sunday 5 August 2012

Pembinaan Masjid Mukim To'Oh

Assalamualaikum..

 Disebabkan pertambahan jemaah setiap kali solat jumaat dan solat sunat hari raya, pihak masjid telah bercadang untuk menambah ruang solat bagi memberi keselesaan kepada jemaah ketika menunaikan solat. Diharap mana- mana individu atau syarikat yang ingin memberi sumbangan bolehlah disalurkan kepada ahli jawatankuasa masjid ataupun terus ke akaun masjid mukim to' oh..Diharap sumbangan anda dapat melancarkan pembinaan masjid ini dan diberkati oleh Allah s.w.t.

Bank:Bank Islam
Nama:Tetuan Masjid Mukim To'Oh
No akaun:03027010040121


Thursday 2 February 2012

Sukaneka 2012


Pada 4 Februari 2012, pihak belia Masjid Mukim To' Oh telah mengadakan acara sukaneka yang disertai oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara 5 hingga 12 tahun. Sukaneka ini diadakan adalah bertujuan untuk mendekatkan jiwa kanak-kanak ini dengan persekitaran masjid dan menggalakkan cara hidup yang sihat. Sukaneka ini bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 6 petang. Pelbagai acara yang diadakan pada hari sukaneka tersebut dan ia dibahagikan kepada 2 iaitu 'indoor' (dalam masjid) dan 'outdoor' (luar masjid). Bagi acara indoor, pertandingan azan dan mewarna telah diadakan. Pertandingan azan hanya dihadkan kepada para peserta lelaki sahaja dan bagi acara mewarna adalah terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan wanita. Bagi acara outdoor pula, isi air dalam botol, tiup tepung, bola jaring dan boling kelapa telah diadakan. Acara outdoor diadakan diperkarangan masjid dan tempat parking motosikal. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh imam tua kepada para peserta yang menang..

JOm layang gambar adik-adik kito nie dok maen....
Imam muda bersama para peserta sebelum acara dimulakan.


                                                          
Sebahagian kanak-kanak yang hadir semasa sukaneka berlangsung.

 Cikgu Khalid sedang mengambil nama para peserta yang akan menyertai dalam acara bola jaring.






Acara tiup tepung dalam pinggang.

 


Salah seorang ajk permainan menunjukkan demo kepada para peserta.



Acara tiup tepung dalam pinggan sedang adakan.





Aksi kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara isi air dalam botol.

Imam tua sedang berbincang sesuatu dengan ajk sambil menjamu selera.